ONLY TO YOU WE WORSHIP, AND ONLY TO YOU WE ASK FOR HELP (1:7)

Tuesday, April 20, 2010

Guidance.....

Recruitment has been pretty slow lately...no patients for the past 2 weeks. However, I have been busy preparing for research presentation at Dunedin. It was only 15 minutes talk, however it really took my nerve! Thought I could rest after the talk and prepare for my poster presentation...how wrong am I...the 'bombshell' was dropped yesterday, which I could not mention it today for it is still confidential. Since then I have been worried about my future here..should I think about other alternative? or should I stay here and believe all the promises? I really don't know what to do, I need to pray to Allah for guidance....

A tazkirah from my dear hubby for me....
Assalamu'alaikum wrt wbt

Kehidupan kita sebagai seorang Islam sememangnya akan dilalui dengan pelbagai ujian. Ujian-ujian yang sememangnya bersifat dalaman dan luaran sebagai satu tanda bahawa Tuhan sedang menyaring tahap kehambaan makhlukNya. Inilah keyakinan yang perlu kita hadamkan bahawa proses kehidupan yang pendek ini perlu dibekali secukup mungkin. Sesungguhnya Tuhan telah memberikan satu anugerah yang disebut dalam al-Qur'an buat bekal orang beriman yang namanya TAQWA.
TAQWA inilah yang memberikan motivasi kepada Rasulullah s.a.w untuk keluar menghadapi masyarakat yang serba rejektif dan skeptikal terhadap Islam. TAQWA inlah juga perbekalan Rasulullah s.a.w untuk tampil mendepani masyarakat tanpa gentar hatta cuba bunuh sedang diatur. KeTAQWAAN bukan satu warisan dari syahadah yang bersifat percuma. Ianya TAQWA yang diusahakan dengan mujahadah dan muraqabah. TAQWA yang mengikat hati manusia dalam melihat ALLah SWT sebagai maksud kehidupan. Ilahi anta maqsudi. Tuhan engkaulah maksud kami. TAQWA yang melihat kebesaran ALLah sebagai mutlaq pengabdiaan. TAQWA inilah juga memberikan kita keyakinan bahawa sifat makhluk yang penuh kekerdilan itu sewajarnya dihormati tetapi tidak ditakuti. Bilamana jiwa ini dipenuhi dengan ingatan pada ALLah maka kebergantungan kita kepada manusia menjadi sesuatu yang begitu minimal.
Inilah perjalanan mana-mana hamba yang penuh baik sangka dengan Tuhan untuk mencari jalan TAQWA. Sangkaan baik pada Tuhan yang akhirnya Tuhan memberikan kurniaan yang sememangnya tidak disangka-sangkakan.
Moga ALLah menenggalamkan hati ini dengan TAQWA dan diberikan keyakinan bahawa segenap perjalanan aturan Tuhan ini adalah tarbiyyah Tuhan kepada kita. Tiadalah ALLah menzalimi hambaNya bahkan ALLah menjadi tempat taqarrub dan permohonan kita sebagai hambaNya.

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan
meninggalkan segala larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari
perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak
disangkakannya.” (At-Talaq :2-3)

Inilah sebagaimana disebut oleh as-Syahid Syed Qutub dalam mentafsirkan ayat 29 dalam Surah al-Anfal.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah,
nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar
dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan
(dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Al-Anfal:29)

“Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup, membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di alamnya setinggi-tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah merupakan bekalan mengampun dan memaafkan sebarang kesalahan, bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan,
bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika hari yang mana eseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan: Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali.” (Syed Qutub)

Semoga ALLah mengurniakan ketaqwaan kepada kita dalam mengharungi kehidupan di tanah asing bernama New Zealand.